Saya Pilih BN!

Saya Pilih BN!

Sunday, 9 September 2012

Pas: Aset atau sekadar dipinggiran bagi Pakatan ?

Salam dan Salam 1Malaysia,

Pas, seperti mana yang kita tahu, adalah parti dalam 'komponen" Pakatan Rakyat atau Pakatan Haram atau Pakatan Jahanam selain dari PKR dan DAP, tahun 2008,
menyaksikan dimana Pas telah memenangi banyak kerusi parlimen dan dun dan mengekalkan kuasa di Kelantan, dan menguasai kerajaan di Perak dan Kedah. (Perak hanya 11 bulan
sahaja sebelum dikembalikan pada BN pada 2009)


Dasar-dasar Islam dalam Pas sekarang sudah berubah hanya kerana takutkan PKR dan TERUTAMANYA pada DAP!, contohnya dalam isu hudud yang sudah jadi modal politik Pas,
Pas teragak-agak untuk menyatakan pendririan mereka dalam isu tersebut, hanya kerana
takut pada gertakkan Karpal Singh, Lim Kit Siang atau Guan Eng dan  Anwar Ibrahim

Di Selangor, contoh dimana Pas tidak konsisten dalam akidah umat Islam, kes rampasan arak di kedai serbenika 24 jam 7-11 di Seksyen 8 oleh MBSA dan JAIS kerana bantahan masyarakat di Shah Alam yang rata-rata orang Melayu Islam, namun ditarik balik atas arahan Exco
yang dikenali sebagai Ronnie Liu atas restu Menteri Besar yang beragama Islam, Exco Agama pada masa itu Datuk Dr Hassan Ali tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu.

Namun pada tahun lepas, semasa kita menyambut bulan ramdhan, JAIS dengan rasa tanggungjawab, dan melalui aduan, mereka menyerbu gereja DUMC kerana ada cubaan memurtadkan orang Islam dan semua itu atas arahan Hassan Ali sendiri, dan tindakan
dia menyebabkan dia tidak disenangi oleh DAP yang rata-ratanya beragama kristian.
Hassan Ali lakukan sesuatu yang wajar, dan dia telah menyedari risikonya dan akhirnya
dia telah dipecat dari Pas dan kehilangan jawatan Exco dan apa yang paling menyedihkan
kepimpunan Pas tidak menyokong tindakan beliau, namun Hassan Ali seorang yang berprinsip
dan tak rela melihat umat Islam di Selangor runtuh akidah dan iman mereka.

Kini giliran Bekas Mantan Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa hampir menerima nasib yang sama, namun tindakan bijak majlis syura Pas, Ustaz Nasa terselamat namun tidak dinyatakan samada dia akan bertanding di PRU 13 akan datang.
Kerana kelantangan Ustaz Nasa itu, dia juga tidak disenangi, terutama oleh golongan
Pro-Anwar atau Parasit mengikut terma Hassan Ali, mereka mahu Ustaz Nasa disingkirkan namun Ustaz Harun Din lebih mengetahui dan keadaan ini menyebabkan PKR dan PAS tidak
akan senang duduk dan selagi Ustaz Nasa tidak jahanam.

Kita ingin bertanya pada Pas, dimana pendririan mereka mengenai Islam, Pas sudahkah menjadi lalang yang tidak berpendirian...dimana Hadi Awang dan TGNA?? Mana pendirian
anda? Bila Karpal Singh lebih digerunkan dari Allah SWT?

Adakah Pas aset atau liabiliti pada Pakatan Haram....?? Hanya masa yang menentukan Pas
samada akan kekal sebagai dominan atau sekadar sekadar dipinggiran dalam Pakatan.

Wassallam

1 comment:

  1. BLOG TUAN DAH LINK DARI BLOG SAYA AAKJ..TQ

    ReplyDelete