Saya Pilih BN!

Saya Pilih BN!

Friday 7 September 2012

Bertudung: Antara kewajiban atau "show off" : Bhg Dua


Salam,

Saya menyambung cerita,

Setelah beberapa bulan saya berkerja, saya menghadapi ujian yang amat berat masa itu,
kebetulan, kegawatan ekonomi telah melanda negara kita. Dan saya rasa tempias nya,
kebetulan, pihak syarikat mahu mengurangkan pekerja melalui skim VSS...kita tengok siapa yang kena.

Suatu hari, seorang staff wanita datang kepada saya dan bertanya, "Abang, abang tak dengar cerita ke?" saya tanya balik "cerita apa?",  "kan syarikat kita akan kurangkan orang, pretasi dah merosot, dah gawat", "saya tahu", dia tanya balik "rasa rasanya, siapa yang akan keluar bang"
saya jawab balik "entahlah, entah abang, sebab abang seorang lelaki kat sini",
"bukan abang rasanya, pasal boss pun suka abang, pasal abang rajin sembahyang, pendiam"
"entahlah, serah saja pada Allah" saya cuba nak mengakhiri perbualan kami...
"abang!"
"Ya"
"Jaga-jaga bang, pasal ramai yang dah cerita pasal abang, biasalah abang lelaki seorang kat sini"
"cerita apa?, kau jangan buat cerita"
"nantilah saya cerita, lagipun, ramai orang kat sini, nanti mereka tengok kita lain macamm, mulalah
cerita yang bukan-bukan, saya balik kerja dulu, abang.....' sambil dia tersenyum pada saya
"eh, ada apa-apa ke" kata hati saya

Beberapa hari kemudian, ada seorang staff perempuan datang kepada saya
"Abang, apa dia cerita pada abang"
"siapa?"
"alah, pura-pura tak tahu"
"ya, memang dia ada datang jumpa saya"
"abang tahu tak, dia tu suka buat gossip tau"
"gossip apa? "
"dia selalu jaja  cerita pasal abang dengan boss"
"dia selalu kata, yang abang ada affair dengan boss"
'affair? mana ada! kau jangan buat cerita"
"betul bang"
"tapi dia nampak baik, walaupun tak tudung"
"memang lah, biasalah orang yang tak bertudung ni perangainya tak baik, kau dah
lah buka aurat, lepas tu cerita keaiban orang lain,tak macam saya yang lain, kami tak
 macam dia, dia tu selalu tinggal sembahyang, mana boleh kita kawan dengan
orang yang tinggal solat bang, lain macam abang"
"satu hari abang akan faham, bukan saya nak burukan orang, tapi hanya mengingatkan,
kan kita sesama Islam perlu ingat mengingati"
"baiklah"
"saya balik kerja dulu"

Saya duduk termenung, macam ini ciri seorang muslimah, nasib baik dia bukan isteri saya,
jadi muslimah perlu ada akhlak yang baik.  Beberapa bulan kemudian, saya masih bekerja
di syarikat, hanya seorang sahaja yang kena VSS,nak tahu siapa dia?  rupa-rupanya staff
perempuan yang menceritakan yang saya ada affair dengan boss, dia diVSS kan atas pretasinya yang buruk dimana dikhabarkan dia selalu ada masalah disiplin dan staff wanita yang pertama itu, telah dinaikkan pangkat, dia bukanlah perempuan yang seburuk itu, dia tidak pernah bercerita
pasal saya, sebenarnya dia ada jatuh hati pada saya, dan menyebabkan ada perasaan hasad diantara staff wanita yang ada perasaan terhadap saya.Saya sangka buruk terhadap dia, padahal semua ni angkara seorang lagi...Ya Allah, ampunkan dosaku

Moral: Kita melihat sesuatu dari zahirnya, menutup aurat memang wajib bagi orang perempuan, tapi kita tengok juga pada akhlaknya dan imanya, kadang-kadang saya tengok ada yang bertukar imej ke imej muslimah, tapi akhlaknya masih begitu juga, mengumpat, mengata dan macam macam..
realitinya memang ada hari ini, agama bukan lesen untuk menghalalkan cara..

Akhirnya Allah tak pandang hanya pada pakaian dan wajah kita, Allah pandang pada iman, akhlak dan ketakwaan kita, itu penting...hanya kita berdoa agar dapat hidayah dan taufik

Hanya Allah yang mengetahui

Wassallam





No comments:

Post a Comment