Saya Pilih BN!

Saya Pilih BN!

Sunday 9 September 2012

Hassan Ali telah dipancung, Ustaz Nasa the next?

Setelah Datuk Dr Hassan Ali telah dipecat kerana kelantangan dia dalam soal akidah umat Islam,
malam ini, nasib bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan ditentukan
samada dia akan terus kekal atau akan menerima nasib yang sama seperti Hassan Ali.

Sekiranya Ustaz Nasa dikekalkan dalam Pas, kedudukan puak anwarinas atau pro-erdogan
akan terus terancam dan beliau akan terus menjadi duri dalam daging pada golongan ini, hanya dia dan Ustaz Harun Din yang masih mempertahankan tradisi kepimpinan ulama dalam Pas

Dan kalau Ustaz Nasa disingkirkan, ia adalah satu "kemenangan" bagi pihak anwarinas dalam Pas
dan memberi keuntungan jangka panjang pada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang seperti mana
di Selangor apabila Hassan Ali dipecat, DAP dan PKR yang paling beruntung

Apapun keputusan Pas, ia berlandasan keadilan buat Ustaz Nasa, bukan "arahan"
dari "tangan-tangan ghaib" dari luar Pas. Harap Ustaz Harun Din dan majlis syura dapat memberi
keputusan yang adil dan tidak ada penganiyaan pada Ustaz Nasa

Harap Ustaz Nasa bersabar dengan dugaan besar ini, kami selalu bersamamu
Allah bersama denganmu...we are for you, Ustaz adalah orang yang berani

Wassallam

No comments:

Post a Comment