Saya Pilih BN!

Saya Pilih BN!

Thursday 6 September 2012

Bertudung: Antara kewajiban atau "show off" : Bhg Satu

Salam dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, ramai artis dan selebriti telah melakukan perubahan atau tranformasi dengan meninggalkan imej lama dan beralih pada imej sopan dan muslimah, maksud saya, bertudung
seperti Sheila Rusly, Catriona Ross, Diana Amir, Safura, Farah Asyikin dan terbaru Nurul Syuhada yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Namun, apa yang saya hendak ceritakan, adalah bukan untuk menjatuhkan maruah mereka
yang bertudung, tapi ini adalah kisah benar yang berlaku pada saya beberapa tahun yang dahulu

Saya bekerja disebuah organisasi yang agak besar juga, dan menariknya, majoriti kakitangannya
dari pengurusan hingga ke  sokongan hampir kesemuanya adalah wanita, dan kebanyakkanya
bertudung dan melayu islam. Saya berkerja dibahagian "back office" atau di belakang tabir, dan
saya adalah satu satunya " " dalam bahagian tersebut, pengurus, eksekutif, pegawai dan kerani semuanya orang perempuan, rata-ratanya sudah berkahwin kecuali beberapa sahaja yang masih bujang, saya pun masih bujang juga..

Mula mula, saya rasa janggal atau awkward, tapi lama lama selepas ini, sudah biasa, namun saya ini jenis pendiam, tanya sekali, cakap sekali, kalau tak bercakap, dikata sombong pulak, saya cuba mendekati mereka, tapi bukan muhrim pulak, kena jaga batasan, saya ingat pesan ibu.

Biasanya, orang pendiam ni, sudah orang nak dekat, jenis malas nak campur, saya sangka saya
selamat lah, rupa-rupanya sangkaan saya meleset sekali...kenapa?

Tunggulah bahagian ke dua, nak bagi suspense sikit.

Wassallam

No comments:

Post a Comment