Saya Pilih BN!

Saya Pilih BN!

Monday 22 October 2012

DKMS - Bukan Kerana Nama

Salam dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, sudah 2 bulan laman blog saya berjalan, sudah menghampiri 1000 hits, walau jumlahnya kecil berbanding dengan 'senior-senior' saya yang HIT beratus ribunya, namun saya percaya perjalanan yang jauh dan seribu langkah itu bermula dari langkah yang pertama...

Dalam mengendalikan blog ini, saya tak terlepas dari cubaan dan dugaan, pernah sekali blog saya digodam oleh kerana saya menghentam sesorang padahal itu adalah kenyataan bukan pembohongan...
bagi saya, benar tetap benar....saya teruskan juga..

Disini saya tegaskan, saya berblog bukan kerana nama atau menginginkan publisiti atau ingin
menjadi popular dengan segera, saya berblog kerana atas RASA TANGGUNGJAWAB pada agama, bangsa dan tanahair, dan simbol sokongan saya pada kerajaan tanpa berbelah bagi atau kompromi...

Mungkin blog saya tak menarik, tapi tiada isu hanya, tapi sebagaimana tag line saya "MELIHAT SESUATU DARI SUDUT KE SUDUT" mengikut perspektif saya tanpa rasa sentimen atau emosi, semua all in common sense...

Apapun, saya ucapkan terima kasih atas sahabat sahabat rangkaian blog seperti GAP, MIK, PAPA GOMI, AAKJ, 1MALAYSIA, JIWA PARADOX, ALOR LALOQ, TEPAK BERSULAM, KIKI HANAKO, BUJANG SENANG, RBF, HEADBOMB, KERIS PUTERA, GELOMBANG RAKYAT, GELOMBANG KICK, UNSPINNERS, TAIPING MALI, JKKP KOTA SARANG SEMUT, SELANGOR DAILY, OCEAN 13, AIDC, HELEN ANG dan ramai lagi yang saya tak dapat menyebut pasal terlalu ramai, terima kasih kerana beri saya inspirasi untuk blog ini....TERIMA KASIH...!!!!!

Saya boleh dihubungi diemail : darikacamataku42@gmail.com  ATAU BBM saya kalau ada kelapangan.....saya sedia buat penambahbaikaan blog ini dari masa ke semasa....

Terima kasih buat semua, bukan kerana nama, tapi kerana rasa kasih pada agama, bangsa dan tanahair

Wassallam

DKMS - MELIHAT SESUATU DARI SUDUT KE SUDUT


No comments:

Post a Comment